Langkau ke kandungan utama
🗣Tahukah..?

Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad  Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dgn hina.  Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun.  Dia tinggalkan istana dgn hati yg pilu. Dadanya sesak. 

Sebaik sampai di sebuah bukit yg cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra.  Dia  menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dgn air mata. 😪😪

Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah!  Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa! "

Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia.  Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan ; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.

Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?

1⃣ Cinta dunia
2⃣ Meninggalkan dakwah dan jihad
3⃣ Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4⃣ Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5⃣ Jahil agama

Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah  pemuda-pemuda Islam akan menangis ... dan ibu2 mereka berkata, "Menangislah seperti perempuan!   engkau tidak  menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa! 

Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia;  game, lepak, fb yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya...  Faktor  kejatuhan itu akan berulang &  selalu sama.

Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna

🗣 Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda,  

Jika kamu tidak dapat menjadi garam yg dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya.  Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat ( penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya )

Wallahul musta'an



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BACAAN SELAWAT NABI.

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW Selawat kepada  Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari  Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak. “Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali” Firman Allah  Subhanahu wa Ta’ala,   Ø¥ِÙ†َّ اللهَ ÙˆَÙ…َلاَئِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَآأَÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.” (Surah Al-Ahzab, 33: 56) Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW ASAL PENGERTIAN SELAWAT Asal perkataan ‘selawat’ di dalam bahasa Arab adalah  صلاة  (solat) Selawat     ...

JALAN MEMPEROLEH MAKRIFAT.

Ibnu Athaillah "Jalan Memperoleh Makrifat" “Apabila Allah telah membukakan salah satu jalan makrifat (mengenal Allah) bagimu, maka jangan hiraukan mengapa itu terjadi, walaupun amalmu masih sangat sedikit. Allah membukakan pintu itu bagimu hanyalah karena Dia ingin memperkenalkan diri kepadamu. Kalam-kalam Hikmat yang dihuraikan terlebih dahulu mengajak kita merenung secara mendalam tentang pengertian amal, Qada dan Qadar, tadbir dan ikhtiar, doa dan janji Allah , yang semuanya itu mendidik rohani agar melihat kecilnya apa yang datangnya daripada hamba dan betapa besar pula apa yang dikurniakan oleh Allah . Rohani yang terdidik begini akan membentuk sikap beramal tanpa melihat kepada amalan itu sebaliknya melihat amalan itu sebagai kurniaan Allah yang wajib disyukuri. Orang yang terdidik seperti ini tidak lagi membuat tuntutan kepada Allah tetapi membuka hati nuraninya untuk menerima taufik dan hidayat daripada Allah orang yang hatinya suci bersih akan menerima pancaran N...

HAKIKAT MAKRIFAT

 Hakikat Makrifat Papan Tanpa Tulisan Belajar Hakikat dan Makrifat dari buku dan tulisan serta dari seorang Guru Mursyid... sebenarnya hanyalah sekedar pembuka jalan agar kita dapat membuka Kitab Hakikat Makrifat yang ada di dalam hati Nurani. Apabila kitab Hakikat yang ada di dalam Hati Nurani sudah mulai terbuka. Sebenarnya, kitab itu tidak ada tulisannya sama sekali.... Papan tulis yang tidak ada tulisannya, tetapi boleh dibaca. Karena, huruf-hurufnya bukanlah terletak di dalam kitab tersebut, tetapi di dalam setiap langkah kehidupan yang kita alami dan rasakan. Itulah Kitab Kehidupan. Tulisan tanpa papan, menulis tanpa papan tulis. Papan tanpa tulisan, Tulisan tanpa papan... Demikianlah kod rahasia ilmu hakikat dan makrifat. Papan tanpa tulisan adalah Hati Nurani kita (kesadaran Ilahi kita), dan tulisan tanpa papan adalah kehidupan kita, maknanya dari perjalanan serta pengalaman hidup kita, yang mana kita sendirilah yang menjadi penulisnya. Berdasarkan sumber ...