Langkau ke kandungan utama

BACAAN SELAWAT NABI.


Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Selawat kepada Nabi Muhammad SAWmerupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAWserta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.


“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
 
إِنَّ اللهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya.”(Surah Al-Ahzab, 33: 56)
Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW

ASAL PENGERTIAN SELAWAT

Asal perkataan ‘selawat’ di dalam bahasa Arab adalah صلاة (solat)
Selawat            =             صلاة

Seperti mana solat (sembahyang), begitulah yang diertikan dengan selawat. Di dalam Bahasa Arab, selawat dan solat berasal dari perkataan yang sama.

Adapun pengertian solat dari segi bahasa adalah doa. Apa pula ertinya doa? Doa berasal dari perkataan  دعى  ataupun   دعوةyang bererti menyeru ataupun meminta.
Doa ( دعوة          =             دعى         =          ( دعاء        (menyeru / meminta)

Itulah maksud solat yang seerti dengan doa. Apabila dikatakan kita berdoa kepada Allah, bererti kita sedang menyeru dan meminta kepada Allah.

Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.

HUKUM BERSELAWAT

Ada beberapa pendapat berkenaan hukum berselawat ke atas Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam;
  1.     Pendapat pertama mengatakan wajib sekali seumur hidup.
  2.     Pendapat kedua mengatakan wajib berselawat apabila ada sebabnya.
  3.     Pendapat ketiga mengatakan selawat itu hukumnya sunat.

Syeikh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin rahimahullah mengatakan bahawa pendapat yang rajih (kuat) adalah selawat itu wajib apabila ada sebabnya, tetapi hukum secara amnya adalah sunat.

Cara Membaca Selawat 

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:


  1. Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
  2. Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
  3. Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد


Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!.

Bacaan Selawat Nabi Muhammad SAW.

Bacaan Selawat Dalam Rumi 
Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SYARIAT DALAM ADAB SEHARIAN

ADAB SEBELUM TIDUR DALAM ISLAM Sajadah Muslim  - Makhluk manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT setelah malaikat dan Iblis atau bangsa jin. Manusia dianugerahi akal dan nafsu. Sebagai manusia kita seharusnya pandai menggabungkan keduanya menjadi suatu perkara yang mulia terhadap sang pencipta. Baik itu dari segi perbuatan, ucapan, dan kata hati sekali pun. Setiap sudut kehidupan di muka bumi ini tentunya memiliki aturan dan adab atau tata cara yang baik dalam melakukan sesuatu. Terutama bagi umat Islam, begitu banyak pesan Rasulullah SAW tentang tata cara yang baik dalam melakukan segala hal. Salah satunya seperti  adab sebelum tidur  yang harus kita laksanakan sesuai dengan yang diajarkan atau disyariatkan oleh Rasulullah SAW. Berikut  Adab Sebelum Tidur Dalam Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW : Merenungkan Diri Sebelum Tidur Merenung sejenak atau muhasabah sesaat sebelum tidur sangat dianjurkan sekali bagi setiap insan muslim. Menilai...

HAKIKAT MAKRIFAT

 Hakikat Makrifat Papan Tanpa Tulisan Belajar Hakikat dan Makrifat dari buku dan tulisan serta dari seorang Guru Mursyid... sebenarnya hanyalah sekedar pembuka jalan agar kita dapat membuka Kitab Hakikat Makrifat yang ada di dalam hati Nurani. Apabila kitab Hakikat yang ada di dalam Hati Nurani sudah mulai terbuka. Sebenarnya, kitab itu tidak ada tulisannya sama sekali.... Papan tulis yang tidak ada tulisannya, tetapi boleh dibaca. Karena, huruf-hurufnya bukanlah terletak di dalam kitab tersebut, tetapi di dalam setiap langkah kehidupan yang kita alami dan rasakan. Itulah Kitab Kehidupan. Tulisan tanpa papan, menulis tanpa papan tulis. Papan tanpa tulisan, Tulisan tanpa papan... Demikianlah kod rahasia ilmu hakikat dan makrifat. Papan tanpa tulisan adalah Hati Nurani kita (kesadaran Ilahi kita), dan tulisan tanpa papan adalah kehidupan kita, maknanya dari perjalanan serta pengalaman hidup kita, yang mana kita sendirilah yang menjadi penulisnya. Berdasarkan sumber ...